Few days ago...Hasil dari air tangan kami 2 beranak.. Kek lapis frozen ni the house...


Sempena penghulu segala hari tok. Kmk maok share 1 resepi yg telah diubah suai oleh kmk. Boleh try utk raya kelak. 😊
versi Nady
(Nady's Little Bakery)
500gm butter
1 gelas gula = dalam anggaran 200gm
10 biji telur
Esen vanilla
1 sudu makan Ovalette
Seri kaya tin kecil
Susu pekat 1/2 tin
Horlick 1 gelas
1 1/2 gelas tepung hong kong
Bahagi 2 bahagian
1 bahagian biru tua ( 3 penutup botol kaler biru) - letak 3 sudu makan jam blueberry
1 bahagian biru muda ( 1 penutup botol kaler biru) - letak 2 sudu vanilla milk powder (mun sikda boleh ganti dengan tepung susu perisa vanilla)
Adunan cheese
400gm cream cheese
1/2 gelas gula
2 sudu susu pekat manis
2 sudu tepung
1/2 gelas fresh cream (whipped cream)
2 biji telur
1 sudu kecik Lemon paste/sun quick
Cara2.
Pukul butter & gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla & Ovalette, masukkan serikaya, susu, horlick & tepung. Bahagi 2 bahagian. Warna biru gelap utk jem blueberry, warna biru terang utk serbuk vanilla milk powder.
Utk lapisan cheese,
Pukul cheese & gula sampai kembang, masukkan telur, esen sikit, fresh cream, susu pekat, lemon paste & tepung.
Untuk lapisan pertama (biru gelap) bakar guna api atas bawah, suhu dalam 160/170, kemudian bakar selapis2 guna api atas hingga habis. Last sekali bakar guna api atas bawah sebentar. 😊
🌹Doakan kmk sekeluarga murah rezeki & sihat walafiat.
🌹Kmk masih belajar juak, suka mencuba benda2 baru, mun ada sebarang kekurangan minta dimaafkan
🌹 selamat berpuasa 😊
dan

0 Response to "Few days ago...Hasil dari air tangan kami 2 beranak.. Kek lapis frozen ni the house... "

Posting Komentar

Resepi Mee Goreng Basah paling Sedap ,Senang nak buat kompom menjadi

Mee Goreng Basah Bahan bahan 1 bungkus mee kuning dibilas dan tos 10 ekor Sotong dibersihkan potong dan tos 1 paket Fish ball dibersihk...