
RESEPI RENDANG DAGING HITAM MANIS
Bahan-bahan :
2 kg daging lembu - dipotong ketulan besar
3 senduk cili kering kisar
3-4 helai daun kunyit diracik halus
3 keping asam keping / gelugur
3-4 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
1/2 cawan kicap pekat manis Jalen - atau lebih jika perlu
Garam jika perlu (sebab dah guna kicap)
Bahan kisar (dikisar dengan sedikit air)
3-4 inci lengkuas
5 batang serai
3-4 inci halia
3 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 inci lengkuas
5 batang serai
3-4 inci halia
3 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
Bahan tumis :
2 batang kulit kayu manis
4 biji pelaga
5-6 biji cengkih
4 biji bunga lawang
7 ulas bawang merah dihiris nipis
3-4 sudu minyak
2 batang kulit kayu manis
4 biji pelaga
5-6 biji cengkih
4 biji bunga lawang
7 ulas bawang merah dihiris nipis
3-4 sudu minyak
Cara :
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik wanginya. Masukkan bahan kisar dan juga cili kering kisar. Masak seketika.
- Masukkan daging dan kicap dan masak sehingga daging kecut dan sedikit lembut.
- Masukkan santan dan masak lagi sehingga kuah pekat dan daging lembut dan empuk.
- Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dan kerisik. Kacau rata dan masak seketika boleh la diangkat.
Terima kasih kerana sudi mencuba resepi rendang daging hitam manis ni ye 

0 Response to "Rendang daging hitam manis ni sesuai dihidangkan bersama ketupat palas, lemang dan juga nasi minyak di pagi raya.. jom cuba resepi mudah ni"
Posting Komentar