Resepi Rendang Ayam Minang Asli Sedap


kebayanyakan masakan minang memerlukan rempah-rempahnya ditumis terlebih dahulu terutama resepi rendang ayam minang yang saya kongsikan ini.


beberapa waktu lalu kakak saya melawat ke rumah saya dan beliau mengajar bagaimana cara memasak rendang ayam yang sedap. kakak saya memang mewarisi kehandalan memasak masakan minang dari bonda.

selepas saya mendapatkan resipi ini daripada kakak saya tidak langsung cuba memasak. baru setibanya hujung minggu, baru saya masak sebab bila hujung minggu dah ramai berkumpul jadi semangat nak masak bila ada orang nak makan.





Resepi Rendang Ayam Minang


disamping rendang ayam, saya juga menyediakan ikan bawal hitam yang digoreng garing dan goreng telur memang sangat sedap bila kuah rendang berminyak itu di gaul dengan nasi panas. Mmmm Lazaat!

pasti anda penasaran kan? jom kita lihat resipi nya dibawah..

Bahan-Bahan


1 ekor ayam
2 sudu besar kerisik
2 batang serai - titik
5 helai daun limau purut
1 asam keping
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 biji kelapa - santan pekat
garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar

18 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
4 hiris lengkuas
3 cm halia
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
2 batang serai


Cara Memasak Redang Ayam Minang








#1: panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai keluar minyak. selepas tu masukan jintan putih dan jintan manis. tumis kembali sampai naik bau. kemudian masukan ayam.






#2: tunggu sampai ayam kecut dan bila telah mendidih kemudian masukan santan pekat dan kacau rata sampai hampir pecah minyak.






#3: masukan limau purut dan kerisik dan terus masak tetapi dengan api kecil dan sentiasa dikacau untuk mengelakan bawahny hangus. kemudian masukan garam dan gula secukup rasa dan juga asam keping.






#4: bila kuah dah nampak kering berarti dah masak bolehlah dingkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaaappp!








Nota: bila anda ingin berkuah boleh biarkan ianya sedikit berkuah untuk dimakan bersmaa nasi.





itulah resepi rendang ayam minang yang saya share untuk anda dan selalu kunjungi blog ini kerana saya akan selalu update resepi terbaru untuk anda, terima kasih.

dan

0 Response to "Resepi Rendang Ayam Minang Asli Sedap"

Posting Komentar

Resepi Mee Goreng Basah paling Sedap ,Senang nak buat kompom menjadi

Mee Goreng Basah Bahan bahan 1 bungkus mee kuning dibilas dan tos 10 ekor Sotong dibersihkan potong dan tos 1 paket Fish ball dibersihk...