banyak orang boleh membuat sambal nie tapi tidak semua orang boleh menghasilkan sambal ikan bilis yang sedap. sebenarnya tidak susah pun menghasilkan sambal ikan bilis yang sedap. cuma teknik semasa membuatnya mesti betul-betul.
sebenarnya saya sudah lama tidak membuat resepi sambal nih jadi saya lupa nak agak-agak ukuranya. jadi saya saya share cara membuat dan bahan-bahanya saja ye.

Resepi Sambal Ikan Bilis Kering
Bahan-Bahan
ikan bilis
sedikit bawang merah
sedikit bawang putih
kacang tanah - ikut seseuai selera je
cili kering
sedikit garam dan gula
minyak masak
Cara Penyediaan
#1: potong cili kering menjadi 2 bahagian kemudian rebus dan bila dah masaak angkat dan toskan sampai kering tak de air yang menetes. setelah itu ditumbuk sampai lumat.
#2: basuh ikan bilis dan jemur bawah cahaya matahari sampai betul-betul kering atau boleh juga keringkan dalam oven. kemudian setelah ikan bilis dah kering goreng sampai garing.
#3: tumbuk bawang merah dan bawang putih sampai lumat dan goreng kacang tanah sehingga garing.
Cara Membuatnya
#1: panaskan minyak dalam kuali selepas itu masukan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk tadi. goreng sampai nampak garing.
#2: kemudian masukan cili kering yang telah ditumbuk lumat. masak dan biarkan sampai pecah minyak. bila dah nampak pecah minyak masukan sedikit gula dan garam.
#3: bila sudah masak bolehlah tutup api dan biarkan sehingga sejuk. selepas itu bila dah sejuk masukan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi bersama kacang tanah. kemudian gaul rata
#4: akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm sedaaappp!
bagaimana resepi sambal ikan bilis kering yang saya bahagikan ini mudah tak?
itu je semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan sampai jumpa di artikel berikutnya ye, terima kasih.
0 Response to " Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Melaka Sedap"
Posting Komentar