kali ini saya nak mencuba memasak sotong goreng tepung rangup yang biasanya saya order sahaja bila nak ingin memakanya. sebenarnya, saya memang penggermar seafood seperti sotong, udang, ketam dan banyak lagi.
sampai sekarang bernasib baik kerana saya tidak memiliki masalah dengan olahan ikan laut. tetapi walau bagaimanapun saya tetap menjaga tempoh seminggu sekali untuk memakan ikan laut.
kerana kesihatan tetap yang utama, betul kan?
sotong goreng tepung rangup ini sering kita jumpai di restoran makanan laut. dahulu saya ingin tahu bagaimana rahsia bumbu yang dipakai.
setelah saya bertanya kepada Mr. Google akhrinya saya tahu juga cara memasaknya. pasti anda ingin tahu juga kan? jom kita layan resepi dibawah
Bahan-Bahan

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Sedap
setelah saya bertanya kepada Mr. Google akhrinya saya tahu juga cara memasaknya. pasti anda ingin tahu juga kan? jom kita layan resepi dibawah
Bahan-Bahan
- 4 ekor sotong - saiz sederhana besar
- 3 sudu besar tepung beras
- 1 biji telur dipukul sedikit
- serbuk lada hitam secukupnya
- serbuk lada putih secukupnya
- serbuk kunyit secukupnya
- 1 cawan kecil tepung gandum
- 1/2 cawan kecil tepung jagung
- garam secukup rasa - digaul dalam tepung dan dengan sotong
- minyak untuk menggoreng
Cara Memasak
#1: siang sotong dan hiris kasar kemudian toskan sotong hingga betul-betul hilang airnya.ia bagi mengelakan sotong meletup bila di goreng. selepas tu gaul dengan seidkit garam.
#2: campurkan semua jenis tepung, serbuk lada hitam, garam, dan serbuk lada putih. kemudian ambil secukupnya campuran tepung tadi dan campurkan dengan telur yang di pukul.
#3: panaskan minyak dalam kuali selepas tu gaulkan sotong dengan campuran telur dan tepung tadi
#4: ambil sekeping-sekeping hirisan sotong yang dah di gaulkan tadi dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak di campur telur.
#5: goreng dala minyak yang dah panas tadi dan bila sudah terlihat rangup dan crispy boleh diangkat
Tips Sotong Agar Rangup
#1: goreng sotong dalam minyak yang penuh dan panas sempurna kerana bila kurang minyak sotong akan lembik dan berminyak.
#2: balikan sotong bila sebahagian dah garing dan angkat sotong bila sudah garing kemudian toskan di atas penampis.
#3: bila minyak sudah betul-betul tos barulah boleh letak diatas pinggan hidang.
Artikel Terkait:
okay, selamat mencuba resepi sotong goreng tepung rangup yang saya kongsikan nie dan sampai jumpa di artikel seterusnya.
0 Response to "Resepi Sotong Goreng Celup Tepung Rangup dan Sedap"
Posting Komentar