5 Cara Untuk 'Selamatkan' Lauk Pauk Yang Terlalu Masin


5 Cara Untuk 'Selamatkan' Lauk Pauk Yang Terlalu Masin




Di bulan puasa ni, agak sukar untuk kita tahu rasa masakan yang dimasak. Jadi bila sampai ‘part’ untuk letak garam, memang main agak-agak je. Kadang-kadang boleh pula kita terlupa sampai dua kali masuk garam. Dah termasin pula lauknya. Jika anda hadapi masalah ini, cara-cara di bawah boleh anda cuba.

1. CUCI DENGAN AIR
Jika masakan anda terlalu masin, bahan-bahan makanan yang ada dalam kuah tersebut boleh dicuci dengan air. Caranya mudah sahaja, keluarkan daging, ayam atau sayuran dan bilas dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Masukkan kembali ke dalam kuah yang telah ditambah dengan air. Hasilnya amat memuaskan.



2. TAMBAH KARBOHIDRAT


Sup terlebih masin? Usah risau kerana ia masih boleh diselamatkan. Cuba masukkan hirisan ubi kentang, beras ( diikat dalam uncang) atau sedikit tepung. Ini kerana sumber karbohidrat ini berupaya menyerap rasa masin dan boleh membuatkan masakan anda kembali enak.



3. MADU / GULA


Jika anda memasak hidangan seperti sambal, rasa masin tersebut boleh dikurangkan dengan menambah sedikit gula atau madu kedalam hidangan. Namun jangan terlalu banyak kerana makanan anda akan menjadi manis.



4. TAMBAH CECAIR
Untuk jenis hidangan berkuah, selain dibasuh dan ditambah sumber karbohidrat, rasa masin juga boleh dikurangkan dengan menambah jumlah cecair pada kuah seperti air dan sos tomato. Tambah seadanya sehingga rasa masin berkurangan.



5. JUS LEMON / LIMAU


Rasa masam dari buah-buahan sitrus seperti lemon dan limau boleh mengimbangi rasa masin dalam masakan. Contohnya, jika kuah tomyam anda terlalu masin, perah jus limau nipis dengan secukupnya. Ia juga menjadikan makanan lebih enak.
dan

0 Response to "5 Cara Untuk 'Selamatkan' Lauk Pauk Yang Terlalu Masin"

Posting Komentar

Resepi Mee Goreng Basah paling Sedap ,Senang nak buat kompom menjadi

Mee Goreng Basah Bahan bahan 1 bungkus mee kuning dibilas dan tos 10 ekor Sotong dibersihkan potong dan tos 1 paket Fish ball dibersihk...