Himpunan Aneka Resipi Biskut Raya Tradisional Popular Sepanjang Zaman.
BIARPUN TERDAPAT DERETAN BISKUT MODEN YANG BERWARNA-WANI SERTA RASA DISAJIKAN DI MEJA HIDANGAN, BISKUT TRADISIONAL SEPERTI BISKUT BANGKIT, BISKUT BUAH KANA, BISKUT KACANG TANAH DAN SEBAGAINYA TETAP MENJADI PILIHAN.
Biarpun terdapat deretan biskut moden yang berwarna-wani serta rasa disajikan di meja hidangan, biskut tradisional seperti Biskut Bangkit, Biskut Buah Kana, Biskut Kacang Tanah dan sebagainya tetap menjadi pilihan. Ia ibarat mengimbau kembali kenangan serta kemeriahan berhari raya bersama keluarga sewaktu di zaman kanak-kanak.
1. BISKUT KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 110gm marjerin | dicairkan
- 100gm tepung gandum | diayak
- 75gm tepung jagung
- 45gm gula halus
- 1/2 cawan kacang hijau | tumbuk halus
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 biji kuning telur
- Sedikit pewarna hijau
- Sedikit putih telur | hiasan
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur bersama gula. Apabila sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacang hijau tumbuk. Gaul rata.
2. Masukkan marjerin dan esen vanila sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan sebati dan tekstur doh seakan boleh dicanai.
3. Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran. Susun biskut diatas dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin.
4. Bakar biskut dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak.
2. BISKUT BUNGA KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN:
- 185gm marjerin
- 250gm tepung gandum
- 185gm tepung jagung
- 95gm gula halus
- 60gm kacang tanah tumbuk
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 biji telur kuning | hiasan
- Sedikit kacang tanah | digoreng untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur bersama gula. Kemudian masukkan marjerin namun jangan dipukul hingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, kacang tanah tumbuk dan esen vanila. Gaul rata hingga sebati.
3. Keluarkan doh dari mangkuk adunan dan canai sederhana tebal.
4. Terap doh mengikut acuan kegemaran dan susun di atas loyang pembakar.
5. Sapu telur kuning diatas biskut dan hiaskan dengan kacang tanah goreng.
6. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
7. Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.
3. BISKUT BIJAN
BAHAN-BAHAN:
- 100gm marjerin
- 120gm tepung gandum
- 70gm gula kastor
- 40gm tepung kastad
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
- Bijan dan kuning telur secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga rata.
2. Masukkan kesemua tepung. Uli hingga sebati.
3. Canai dan terap dengan acuan yang bersesuaian.
4. Sapu kuning telur dan taburkan bijan sebagai hiasan.
5. Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160C.
4. BISKUT DURIAN BELANDA
BAHAN-BAHAN:
- 375gm tepung gandum
- 200gm marjerin
- 75gm gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- Sedikit pewarna hijau
- Jem nanas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Setelah itu masukkan telur serta esen vanila. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan pewarna hijau. Serta tepung gandum. Gaul lagi sehingga adunan rata.
3. Ambil adunan dan leperkan. Kemudian isikan jem nanas didalamnya. Bentukkan seperti bentuk buah durian belanda.
4. Sapu permukaan biskut yang telah dibentuk tadi dengan kuning telur. Sususn di atas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit.
5. Dengan menggunakan gunting bermuncung tirus, gunting permukaan kuih membentuk seakan duri buah durian belanda.
6. Bakar biskut pada suhu 160C selama 20-25 minit.
5. BISKUT BUAH KANA
.......
0 Response to "Himpunan Aneka Resipi Biskut Raya Tradisional Popular Sepanjang Zaman."
Posting Komentar