BAHAN BASE BISKUT:
  • 130gm biskut marie | dihancurkan
  • 100gm mentega cair

BAHAN KRIM KEJU:
  • 250gm krim keju
  • 50gm gula
  • 300gm RICH WHIP TOPPING BASE | dicairkan
  • 80gm susu segar sejuk
  • 10gm serbuk gelatin | direndam di dalam 50gm air dan dimasak secara bain-marie sehingga larut
  • 180gm buah laici | dipotong kecil dan ditoskan airnya

BAHAN HIASAN:
  • 150gm RICH WHIP TOPPING BASE | dipukul
  • 180gm buah laici
  • 50gm gel glaze tanpa warna


CARA MEMASAK:
1.    Kisar biskut marie bersama mentega cair sehingga rata. Kemudian masukkan ke dalam acuan kek bersaiz 8 inci. Sejukkan seketika.
2.    Pukul krim keju bersama gula menggunakan kelajuan sederhana sehingga kembang. Kemudian masukkan susu. Kacau rata.
3.    Masukkan Rich Whip Topping Base dan pukul sehingga 60% kembang. Masukkan gelatin yang telah dicairkan. Gaul rata dan masukkan pula hirisan buah laici.
4.    Tuang adunan ke dalam loyang berisi base biskut tadi dan sejukkan selama 2 hingga 3 jam.
5.    Untuk menghias, tuang gel glaze diatas kek hingga rata, paipkan krim putar serta hiaskan dengan buah laici mengikut kreativiti anda.