Resepi Ikan Siakap Goreng 3 (tiga) Rasa


resepi ikan siakap tiga rasa - sedapnya rasa ikan siakap apalagi versi goreng bolehmembuat anda melayang sampai ke langit. saya sendiri sangat suka ikan siakap. bahkan, setiap weekend selalu membeli di restoran.

namun, sebenarnya saya juga boleh membuatnya sendiri di rumah. namun, keranasaya sudah bekerja jadi tak pernah memasak ikan kegemaran saya ini.


sekarang kita balik ke ikan siakap goreng 3 rasa yang saya masak beberapa harilalu. pasti anda ingin tahu bagaimana cara membuatnya bukan?

jom kita tengok resepi yang sangat lazat ini

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (boleh kukus atau goreng)
garam secukupnya
100 ml air (jika anda ingin kuah nak lebih boleh tambhakan air [jika ikan dikukus])
2 sb minyakBahan Cincang Halus:

2 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 cm halia muda
3 ulas bawang putihBahan Sos:

1 sk kicap manis
2 sb gula pasir
2 sb sos cili
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos plum (guna sos ikan)
1 sb jus limau nipisBahan-Bahan dihiris Halus:


2 helai daun limau purut
1/2 kuntum bunga kantan
4 - 5 biji cili padi
Cara Membuat Ikan Siakap Goreng 3 Rasa
#1: pertama. sediakan kukusan dan lumuri ikan dengan garam dan biarkan selamalebih kurang 10 minit. sediakan pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak danair. kemudian, taruh ikan pinggan tersebut.

#2: siapkan kuali dan panaskan minyak. selepas itu tumis bahan-bahan cincangselama 1 minit. masukkan cili kisar dan goreng hingga cili agak masak sebelumdimasukan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. koco rata.

#3: selepas mendidih. masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garamsecukup rasa.

#4: masak kuah hingga masak dan kelihatan sedikit pekat dan tuangkan diatasikan yang telah digoreng atau dikukus.

#5: terakhir, sediakan dengan nasi putih panas-panas.

resepi ikan siakap tiga rasa ini boleh dihidangkan untuk 3 - 4 orang dan semogaanda selalu senang berkunjung di blog saya ini, terima kasih.
dan

0 Response to "Resepi Ikan Siakap Goreng 3 (tiga) Rasa"

Posting Komentar

Resepi Mee Goreng Basah paling Sedap ,Senang nak buat kompom menjadi

Mee Goreng Basah Bahan bahan 1 bungkus mee kuning dibilas dan tos 10 ekor Sotong dibersihkan potong dan tos 1 paket Fish ball dibersihk...