Selamat berhujung minggu dan selamat berpuasa.. Kek Lapis Intan 3 5 Kek org lamak.. Silakan share...


Assalammualaikum& salam sejahtera.
Kek tuk adalah antara kek versi org lamak lamak dolok..
saya ubah sikit sikit bahannya supaya lebih mudah dan senang untuk dipolah.
Jum share dan cuba untuk hidangan kepada tetamu raya tuk   
Bahan bahan
450gram mentega
12biji telur gred B
2gelas gula halus(280gram)
1tin tinggi sri kaya(300gram)
1tin rendah susu pekat(339gram)
220gram horlicks
1gelas nestum putih(nestum baby carelac )
1gelas serbuk biskut osborn(tumbuk atau blend jadi tepung)
1 gelas tepung hong kong (110gram)
3sudu makan susu tepung(pilihan,tak letak pun takpe,kalau letak.lagi sedap)
1sudu teh esen vanila
1,sudu teh baking powder
Pewarna biru
Pukul mentega ,esen vanila dan gula sampai kembang.
Masukan telur satu persatu. Masuk sebiji telur,pukul, masuk lagi sebiji dan pukul lagi,buat sampai habis.
Masukan pula susu manis dan srikaya. Pukul sebati.
Baru masukan horlicks dan susu tepung. Gaul sebati. Seterusnya masukan tepung dan baking powder dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada Dua bahagian sama banyak.
Satu bahagian masukan tepung biskut osborn untuk warna biru
Satu bahagian lagi masukan nestum putih untuk warna asal
Bahagikan kedua dua bahagian biru dan warna asal kepada dua bahagian lagi. Semuanya jadi 4 bahagian.
Sediakan loyang 9x9.
Lapik dengan kertas minyak.
Pastikan air betul betul mendidih,baru mula mengukus.
Kukus berlapis lapis.
Lapisan pertama dikukus selama lebih kurang 1/2-jam ..
Saya mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah untuk proses melapis dan mengukus sampai masak.
Selamat mencuba
Silakan share
dan

0 Response to "Selamat berhujung minggu dan selamat berpuasa.. Kek Lapis Intan 3 5 Kek org lamak.. Silakan share..."

Posting Komentar

Resepi Mee Goreng Basah paling Sedap ,Senang nak buat kompom menjadi

Mee Goreng Basah Bahan bahan 1 bungkus mee kuning dibilas dan tos 10 ekor Sotong dibersihkan potong dan tos 1 paket Fish ball dibersihk...